Masjid Institusi Salmah Khamis terletak kira-kira tiga kilometer dari Pekan Masjid Tanah, Melaka.
Masjid ini dinamakan sempena nama pasangan suami isteri pewakaf tanah kepada masjid ini didirikan.
Mampu memuatkan kira-kira 500 jemaah, masjid ini telah disempurnakan perasmian pada 26 Mei 2017 oleh TYT Gabenor Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob.
Pelbagai aktiviti dijalankan di masjid ini seperti kuliah mingguan yang kebiasaannya diadakan 3 kali seminggu iaitu setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.
Pendermaan kepada Masjid Institusi Salmah Khamis
ini dibawakan oleh Sujood